R.E.P.O. Fidget Clicker Keychain
Toys and games In progress 3 updates

R.E.P.O. Fidget Clicker Keychain

Link copied
Walid Wajdy Walid Wajdy Project owner
111 Views Comments 6

Quick build reference

The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.

What this project makes

Saya sedang membina fidget clicker keychain dengan mengambil permainan video R.E.P.O. sebagai rujukan utama bagi mengasah kemahiran saya dalam pemodelan 3D.

Overview

Projek ini saya mulakan kerana melihat semakin ramai peminat 3D printing mencipta fidget clicker sendiri. Kebetulan saya sedang mencari sebuah permulaan bagi mengasah kemahiran dalam pemodelan 3D. Jadi, 'trend' fidget clicker ini saya jadikan sebagai projek dan latihan saya.

Masalah/kekurangan yang saya nampak dalam trend ini ialah kebanyakan orang hanya mencipta fidget clicker berdasarkan bentuk keycaps pada keyboard. Bagi saya ini agak biasa kerana tiada beza dengan keycaps keyboard yang dipakai setiap hari. Oleh itu, saya mencabar diri saya untuk membawa sedikit keunikan pada bentuk fidget clicker.

Memandangkan saya mempunyai ramai kawan peminat permainan video R.E.P.O., saya menggunakan watak dalam permainan ini yang berbentuk bulat untuk membuat fidget clicker. Hasil akhir yang saya gambarkan setakat ini ialah saya dapat mencetak fidget clicker berbentuk watak R.E.P.O. yang berfungsi dan juga boleh digantung sebagai keychain. Nantikan perjalanan projek ini!

Materials & components list

2 items

Materials and components listed by the project owner.

Material / component Brand / model Purpose Quantity
Blue switch — Mekanisme clicker 1 setiap unit
Ender 3 V2 Creality Mencetak model 3D —

Project files

CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.

No project files yet

The project owner has not shared downloadable files yet.

Project updates

3 updates
Walid Wajdy

7 August 2026

Progress
Prototaip ketiga ini, saya tambah bahagian tangan watak repo dalam posisi default dan juga lubang kecil untuk letak keychain. Proses cetakan 3D untuk bahagian tangan tidaklah rumit, namun menjadi sedikit mencabar ketika saya uji cetakan untuk lubang. Lubang keychain pertama yang…
78 Views
Walid Wajdy

5 August 2026

Progress
Selepas meneliti prototaip pertama, saya baru perasan blue switch boleh dilihat dari luar. Dari segi fungsi, tiada masalah, namun dari segi visual, ia tidak berapa cantik. Saya juga jumpa fidget clicker yang menutup bahagian tengah supaya tidak nampak switch tersebut. Jadi, saya…
80 Views
Walid Wajdy

3 August 2026

Progress
Untuk progress ataupun prototaip pertama, saya uji model 3D bagi muat meletakkan blue switch yang saya beli di Shopee. Setelah membuat beberapa pengubahan pada saiz ruangan, blue switch muat dalam kedua-dua bahagian model (atas dan bawah) dan boleh ditekan tanpa masalah.
54 Views

Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.

Project discussion

Scroll to Top