Jadi nanti bila kita set dia berdiri tegak, boleh pilih muka neutral. Kemudian bila tolak sikit, modul tu detect sudut berubah, lalu dia ubah ekspresi wajah
Robot Peneman Daruma
About this project
Membina robot teman kecil berinspirasikan patung Daruma yang boleh kembali tegak sendiri apabila ditolak, sambil memaparkan pelbagai ekspresi pada skrin menggunakan modul ESP32-S3 1.91inch AMOLED Display Development Board.
Overview
Projek ini tercetus selepas saya tersilap tempah modul ESP32-S3 1.91inch AMOLED Display Development Board daripada PCBway. Pada asalnya saya ingin menggunakannya untuk projek lain, tetapi modul ini tidak mempunyai header pin yang sesuai untuk sambungan komponen seperti yang saya perlukan.
Daripada membiarkannya tidak digunakan, saya bercadang membina sebuah robot teman kecil yang diinspirasikan oleh patung Daruma. Robot ini akan direka dengan bahagian bawah yang lebih berat supaya ia boleh kembali tegak sendiri apabila ditolak. Skrin pada modul akan digunakan sebagai muka robot yang memaparkan pelbagai ekspresi seperti marah, cemas atau gembira bergantung kepada pergerakannya.
Objektif
- Membina robot yang boleh kembali tegak sendiri seperti patung Daruma.
- Menggunakan skrin sebagai muka robot yang mempunyai ekspresi.
- Menghasilkan robot meja kecil yang mempunyai personaliti ringkas.
Cabaran Yang Mungkin Dihadapi
- Mengimbangkan pusat graviti supaya robot boleh kembali tegak.
- Menghasilkan animasi muka yang kelihatan hidup.
- Memastikan reka bentuk kekal padat dan stabil.
Hasil Yang Disasarkan
Sebuah robot teman kecil berinspirasikan Daruma yang akan bergoyang apabila ditolak dan memaparkan ekspresi muka yang berubah mengikut pergerakannya.
Materials & components list
2 itemsMaterials and components listed by the project owner.
| Material / component | Brand / model | Purpose | Quantity |
|---|---|---|---|
| Modul paparan | Waveshare ESP32-S3-Touch-LCD-1.9 | Bertindak sebagai muka robot, memaparkan ekspresi dan mengawal sistem | 1 unit |
| Bateri LiPo | Belum ditentukan | Membekalkan kuasa kepada modul dan komponen elektronik, serta menjadi pemberat tapak robot | 1 unit |
Project updates
2 updatesJadi nanti bila kita set dia berdiri tegak, boleh pilih muka neutral. Kemudian bila tolak sikit, modul tu detect sudut berubah, lalu dia ubah ekspresi wajah
Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.
Project discussion
Please log in to comment.