Penyertaan Cabaran Julai 2026
Hasil Ciptaan muhammadafif
Status Undian
Undian untuk Cabaran Julai 2026 telah ditutup.
Video Penyertaan
Tonton Video di Media Sosial →Penerangan Penyertaan
Bekas penyimpanan pengecas ini dihasilkan menggunakan bahan PLA. Beberapa pengubahsuaian dan penambahan telah dibuat pada reka bentuk asal bagi meningkatkan fungsi, kemudahan penggunaan dan nilai estetika produk seperti berikut:
1) Bottom Case
Saiz Bottom Case telah ditingkatkan dan dua lubang tambahan telah direka untuk tujuan penguncian. Permukaan luar juga dicetak menggunakan tetapan Fuzzy Skin bagi menghasilkan tekstur yang unik serta memberikan kemasan yang lebih menarik.
2) Top Case
Reka bentuk Top Case telah diubah suai dengan menambah sistem Mechanical Locking bagi membolehkan bekas dikunci dan dibuka dengan lebih mudah. Label “LOCK” dan “UNLOCK” turut ditambah pada permukaan Top Case sebagai panduan kepada pengguna. Selain itu, simbol kabel pengecas ditambah untuk menunjukkan fungsi utama bekas sebagai tempat penyimpanan pengecas.
3) Thumb Knob
Sebuah Thumb Knob telah ditambah bagi memudahkan pengguna mengendalikan mekanisme Lock & Unlock. Simbol anak panah (Arrow) turut ditambah sebagai penunjuk arah putaran untuk memudahkan pengguna mengunci dan membuka bekas.
Anda pun boleh cuba
Sertai cabaran semasa dengan hasil ciptaan anda sendiri, atau lihat penyertaan lain daripada komuniti.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.