Challenge Entry · October–November 2026
SOLAR POWERED MINI CAR
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Saya menghasilkan sebuah kereta mainan berkuasa solar yang sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Mainan ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang penggunaan tenaga boleh baharu serta konsep asas tenaga solar.
Kereta ini dimainkan dengan meletakkannya di kawasan yang menerima cahaya matahari supaya panel solar dapat menyerap tenaga cahaya dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Tenaga tersebut akan menggerakkan motor DC yang seterusnya memutarkan roda dan membolehkan kereta bergerak.
Bagi menghasilkan mainan ini, saya menggunakan panel solar, motor DC, empat buah roda, wayar penyambung dan struktur badan kereta. Proses pembinaan dilakukan dengan memasang roda pada bahagian casis, meletakkan motor pada bahagian yang sesuai serta memasang panel solar pada bahagian atas kereta. Seterusnya, wayar disambungkan antara panel solar dengan motor untuk membolehkan sistem berfungsi.
Melalui mainan ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat bermain, malah dapat mempelajari bagaimana tenaga matahari boleh digunakan untuk menghasilkan pergerakan. Projek ini juga dapat memupuk kreativiti, rasa ingin tahu dan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
feed my farm!
by nazurahshukor
View entry →egg nesting challenge
by qistinasyafiah
View entry →4-in-1 Sensory Lacing Cards
by ainuldhiyahh
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.