Challenge Entry · October–November 2026
Ball Drop Challenge
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
.1. Idea Permainan
Ball Drop Challenge merupakan satu permainan pendidikan yang kreatif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Permainan ini menggunakan kotak yang mempunyai lubang pada bahagian permukaan serta gelas minuman yang dilekatkan di bahagian bawah kotak. Kanak-kanak perlu menggerakkan kotak untuk mengarahkan bola berwarna-warni supaya masuk ke dalam lubang dan jatuh ke dalam gelas yang disediakan. Permainan ini bertujuan merangsang perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak melalui aktiviti bermain.
2. Kumpulan Umur Sasaran
Permainan ini disasarkan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Hal ini kerana permainan ini sesuai untuk membantu kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan, kemahiran motor halus serta daya tumpuan. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pergerakan dan menyelesaikan cabaran secara mudah.
3. Cara Bermain
Kanak-kanak perlu meletakkan bola berwarna-warni di atas permukaan kotak permainan. Seterusnya, mereka perlu menggerakkan dan mencondongkan kotak secara perlahan-lahan untuk mengarahkan bola masuk ke dalam lubang yang disediakan. Bola yang berjaya memasuki lubang akan jatuh ke dalam gelas minuman yang telah dilekatkan pada bahagian bawah kotak. Permainan diteruskan sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam gelas.
4. Bahan dan Peralatan yang Digunakan
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan permainan ini ialah sebuah kotak, bola berwarna-warni, gelas minuman dan kertas bercorak karakter kartun. Peralatan yang diperlukan pula ialah gunting, pisau pemotong (cutter) dan hot glue gun. Semua bahan dan peralatan ini digunakan untuk membina struktur permainan serta menghasilkan hiasan yang menarik dan berwarna-warni.
5. Bagaimana Permainan Ini Dibina
Proses pembinaan dimulakan dengan menyediakan sebuah kotak sebagai struktur utama permainan. Seterusnya, lubang dibuat pada bahagian permukaan kotak mengikut saiz bola yang digunakan. Gelas minuman kemudian dilekatkan menggunakan hot glue gun pada bahagian bawah kotak, tepat di bawah lubang yang disediakan supaya bola dapat jatuh ke dalam gelas. Selepas itu, kotak dihias menggunakan kertas bercorak karakter kartun bagi menjadikan permainan lebih ceria dan menarik perhatian kanak-kanak. Akhir sekali, bola berwarna-warni disediakan sebagai bahan utama permainan dan semua bahagian diperiksa bagi memastikan permainan selamat digunakan.

Community discussion
Discuss this entry
Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.
Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.
Discover more
More entries from October–November 2026
feed my farm!
by nazurahshukor
View entry →KOTAK INGATAN - Sentuh, Jawab & Belajar!
by mazmitech
View entry →Riley's Emotion
by hananbasirupm
View entry →Want to make something too?
Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.