Skee Ball

← Back to Monthly Challenge Challenge October–November 2026

Challenge Entry · October–November 2026

Skee Ball

khairindarwisya khairindarwisya 19 Nov 2026

Vote for this entry

Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.

Share this entry

About this entry

Permainan ini merupakan permainan yang diadaptasi daripada permainan Skee Ball yang biasa terdapat di pusat permainan arked. Namun begitu, permainan ini telah diubah suai dengan menggunakan jari untuk menolak atau menjentik bola ke arah lubang sasaran tanpa menggunakan lastik atau alat pelontar.

Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak sedang mengembangkan koordinasi mata dan tangan, kawalan jari serta kemahiran mengawal pergerakan.

Cara bermain :
1. Pemain perlu meletakkan bola pada kawasan permulaan yang telah disediakan.
2. Pemain menggunakan jari telunjuk untuk menjentik atau menolak bola ke arah lubang sasaran.
3. Setiap lubang mempunyai nilai mata yang berbeza mengikut tahap kesukaran.
4. Pemain perlu cuba memasukkan bola ke dalam lubang untuk mendapatkan markah.
5. Setiap pemain diberikan sebanyak tiga hingga lima peluang untuk menjentik bola.
6. Markah akan dikira berdasarkan jumlah mata yang berjaya dikumpulkan.
7. Pemain yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

Permainan ini dibina menggunakan kotak, gam dan kertas warna.

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top