CATERPILLAR TURBO CHALLENGE
Quick build reference
The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.
What this project makes
Permainan Caterpillar Turbo Challenge aktiviti yang menyeronokkan dan dapat memberikan pengalaman pembelajaran melalui bermain kepada kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan pergerakan melatih kawalan pernafasan.
Overview
🐛 CATERPILLAR TURBO CHALLENGE
Permainan Tiupan Ulat Kertas
1. Nama Permainan
Caterpillar Turbo Challenge (Cabaran Ulat Pantas)
2. Umur Sasaran
Kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.
3. Objektif Permainan
-
Melatih koordinasi antara mata dan pergerakan peserta.
-
Mengembangkan kemahiran kawalan pernafasan melalui aktiviti meniup.
-
Meningkatkan fokus dan daya tumpuan kanak-kanak.
-
Memupuk semangat kesukanan dan persaingan secara sihat.
4. Bahan-bahan
-
Kertas warna.
-
Penyedut minuman (straw).
-
Gunting.
-
Pen marker.
-
Pita pelekat.
-
Garisan permulaan dan garisan penamat.
5. Cara Permainan
-
Setiap peserta diberikan seekor ulat yang diperbuat daripada kertas warna dan sebatang penyedut minuman.
-
Ulat kertas diletakkan di garisan permulaan yang telah ditetapkan.
-
Apabila isyarat mula diberikan, peserta perlu meniup ulat kertas menggunakan penyedut minuman supaya ulat tersebut bergerak ke hadapan.
-
Peserta perlu terus meniup ulat masing-masing sehingga melepasi garisan penamat.
-
Peserta yang berjaya membawa ulat kertas melepasi garisan penamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
6. Kemahiran Perkembangan
6. Kemahiran Perkembangan
Kemahiran Fizikal: Permainan ini dapat melatih kawalan pernafasan kanak-kanak melalui aktiviti meniup ulat kertas serta meningkatkan koordinasi antara mata dan pergerakan.
Kemahiran Kognitif: Permainan ini merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menggunakan strategi yang sesuai bagi menggerakkan ulat kertas dengan lebih pantas sehingga ke garisan penamat.
Kemahiran Sosial: Aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan, menunggu giliran serta memupuk semangat persaingan yang sihat sepanjang permainan.
Kemahiran Emosi: Permainan ini membantu membina keyakinan diri, kesabaran dan keupayaan kanak-kanak mengawal emosi apabila menang atau kalah dalam pertandingan.
Kemahiran Bahasa: Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemahaman bahasa melalui arahan yang diberikan oleh guru atau fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung.
-
Pastikan penyedut minuman bersih dan digunakan secara individu.
-
Pastikan kawasan permainan rata, bersih dan bebas daripada objek yang boleh menyebabkan peserta terjatuh.
-
Gunakan gunting yang bersesuaian dan pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa aktiviti penyediaan bahan.
-
Elakkan peserta berlari atau menolak rakan ketika permainan berlangsung.
-
Pastikan ulat kertas tidak mempunyai bahagian tajam atau hujung yang boleh mencederakan peserta.
-
Guru atau fasilitator perlu mengawasi kanak-kanak sepanjang aktiviti.
8. Kesimpulan
Permainan Caterpillar Turbo Challenge merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan dapat memberikan pengalaman pembelajaran melalui bermain kepada kanak-kanak. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan pergerakan, melatih kawalan pernafasan serta mengembangkan kemahiran sosial dan emosi. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk keyakinan diri, kesabaran dan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak.
The project owner has not listed the materials, components or quantities used yet.
Project files
CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.
The project owner has not shared downloadable files yet.
Project updates
0 updatesThe project owner has not shared any progress yet.
Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.
Project discussion
Please log in to comment.