Bola hidraulik picagari

← Back to Monthly Challenge Challenge October–November 2026

Challenge Entry · October–November 2026

Bola hidraulik picagari

munsyi munsyi 12 Nov 2026

Vote for this entry

Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.

Share this entry

About this entry

Nama Projek: Permainan Bola Hidraulik Picagari

Kumpulan Umur Sasaran: 3 tahun ke atas

Prinsip Sains: Prinsip Pascal (tekanan cecair dipindahkan secara sama rata dalam sistem tertutup).

Kreativiti
Permainan ini menggabungkan konsep sains dan permainan dalam satu projek.

– Kotak dihias dengan corak kartun yang menarik perhatian kanak-kanak.
– Empat warna tiub (merah, oren, biru dan hijau) membantu kanak-kanak mengenal pasti tiub yang mengawal setiap kaki.
– Susun atur laluan dalam kotak boleh diubah mengikut kreativiti dan idea sendiri.

Nilai Permainan

– Sains: Kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana tekanan air menggerakkan kaki kotak ke atas dan ke bawah.
– Kemahiran motor: Aktiviti menolak dan menarik omboh melatih koordinasi tangan.
– Penyelesaian masalah: Kanak-kanak berfikir tentang kaki mana yang perlu dinaikkan untuk menggerakkan bola.
– Kesabaran: Pergerakan bola yang perlahan mengajar kanak-kanak supaya bersabar.
– Sebab dan akibat: Setiap tolakan picagari menghasilkan pergerakan yang boleh dilihat.

Kualiti Binaan

– Dinding dalaman kotak dilekatkan dengan kukuh pada dasar kotak.
– Empat picagari pada bahagian kaki dilekatkan tegak di setiap bucu kotak.
– Keempat-empat tiub disambungkan dengan ketat dan dilekatkan pada picagari masing-masing bagi mengelakkan kebocoran.

Lesson Learned:

– Kukuhkan semua sambungan tiub menggunakan gam silikon supaya air tidak bocor.
– Ratakan gam dan pastikan tiada bahagian tajam (sharp edges) yang boleh mencederakan kanak-kanak.

Bahan-Bahan:

– Kotak kadbod berukuran lebih kurang 20 × 20 cm dengan ketinggian 8 cm.
– Kadbod tambahan untuk membina dinding dalaman kotak setinggi 2 hingga 3 cm.
– 8 picagari 20 ml tanpa jarum (4 untuk kaki dan 4 untuk kawalan), mudah ditolak dan ditarik dengan tangan kecil serta tiada bahagian tajam.
– 4 tiub plastik sepanjang 60 hingga 100 cm setiap satu, diisi dengan air berwarna menggunakan pewarna makanan (merah, oren, biru dan hijau).
– Air dan pewarna makanan.
– 1 biji bola ping-pong berdiameter 40 mm, cukup besar untuk mengurangkan risiko tertelan. Kalau guna guli kecil pastikan orang dewasa kena sentiasa ada.
– Gam panas (glue gun), gam silikon dan gam super.
– Gunting dan pisau pemotong (cutter).
– Kertas warna atau pelekat untuk hiasan.

Kesesuaian untuk Kanak-Kanak (3 Tahun ke Atas)

– Reka bentuk laluan: Lebar laluan 4 hingga 5 cm supaya bola boleh bergerak dengan lancar tanpa mudah tersekat.
– Keselamatan bola: Penggunaan bola ping-pong berdiameter 40 mm mengurangkan risiko tertelan.
– Keselamatan binaan: Semua sambungan dan permukaan perlu dipastikan kukuh, kemas serta bebas daripada bahagian tajam.
– Kedudukan permainan: Ketinggian picagari kawalan perlu sebaris dengan permukaan meja supaya mudah dicapai tanpa perlu membongkok.
– Pengawasan: Orang dewasa mesti mengawasi kanak-kanak sepanjang masa, terutamanya yang berumur 3 hingga 4 tahun.

Cara Bermain:

– Letakkan kotak di atas meja.
– Letakkan bola di satu hujung laluan.
– Tolak picagari kawalan yang dikehendaki. Kaki kotak yang sepadan akan naik lalu menyebabkan kotak condong.
– Tarik picagari untuk menurunkan kaki kotak.
– Ulangi pergerakan sehingga bola berjaya digerakkan melalui laluan ke pintu keluar.

Cabaran: Selesaikan maze dari pintu masuk hingga pintu keluar dalam masa yang paling singkat.

Community discussion

Discuss this entry

Ask the maker a question, share feedback or talk about the idea with the community.

Wanna share your thoughts or request anything? Comment below.

1 Comments

  1. inhaf 11 hours ago

    idea ni best, kreatif betul👍👍

Want to make something too?

Join the current challenge with your own creation, or explore more work from the Domechy community.

Founding desktop 3D printer partner: Creality
Scroll to Top