Challenge Entry · October–November 2026
PERMAINAN PANCING IKAN CERIA
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
PERMAINAN PANCING IKAN CERIA
1. Pengenalan
Permainan ini ialah permainan kreatif berkonsepkan “belajar sambil bermain” yang dihasilkan menggunakan kain felt dan bahah-bahan yang mudah diperoleh. Permainan ini untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. berkonsepkan belajar sambil bermain.
2. Bahah-bahan
– Kain felt pelbagai warna, magic warna, batang kayu licin bersaiz kecil, tali halus, magnet, gam, gunting
3. Cara-cara membuat permainan
– Lukis bentuk ikan pada kain mengikut kreativiti dan saiz yang kehendaki
– Gunting dua keping kain felt bagi setiap bentuk ikan dan diwarnakan
– Letakkan magnet dibahagian tengah antara kedua-dua keping kain felt.
– Lekatkan kedua-dua keping kain felt menggunakan gam sehingga magnet tertutup sepenuhnya
– Sediakan batang pancing menggunakan kayu licin bersaiz kecil. Ikat tali pada hujung batang kayu
– Pasangkan magnet pada hujung tali dan balut magnet tersebut dengan kain felt
– Pastikan semua bahagian dilekatkan dengan kemas sebelum permainan digunakan.
4. Cara-cara bermain.
– Susun ikan felt di atas permukaan yang sesuai sebagai kawasan memancing ( buat mini kolam dari kain felt)
– Kanak-kanak memegang batang pancing dan cuba mendekatkan magnet pada hujung tali kepada ikan
– Permaianan boleh dipelbagaikan dengan meminta kanak-kanak memancing mengikut warna, huruf dan angka pada ikan tersebut.
– Permainan boleh dimainkan oleh 1 hingga 4 orang.
5. Faedah permainan
– Melatih koordinasi mata dan tangan
– Mengembangkan kemahiran motor halus
– Membantu kanak-kanak mengenal warna, huruf dan angka
– Melatih kesabaran, fokus dan ketelitian

nice niceee
wahhhh cute betul😂😂😂