Challenge Entry · October–November 2026
KOTAK INGATAN - Sentuh, Jawab & Belajar!
Vote for this entry
Enter your email to vote. Your vote will be recorded immediately. Each email can vote once for this entry.
Entry Video
Watch on Social Media →About this entry
Kotak Ingatan ialah permainan pendidikan interaktif yang direka untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Projek ini menggabungkan pembelajaran secara fizikal dan digital untuk membantu kanak-kanak mengenal nombor, warna serta memahami asas matematik dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Cara bermainnya mudah. Soalan akan dipaparkan pada skrin matriks LED dan kanak-kanak perlu memilih blok nombor atau warna yang betul. Blok tersebut kemudian disentuhkan pada kawasan sensor NFC untuk menghantar jawapan. Sistem akan memberikan maklum balas melalui paparan LED, bunyi buzzer dan papan pemuka interaktif.
Kotak Ingatan menyediakan beberapa jenis aktiviti, iaitu:
-Penambahan.
-Penolakan.
-Pendaraban.
-Pembahagian.
-Cari nombor.
-Cari warna.
-Semua Mod, yang mencampurkan pelbagai jenis soalan secara rawak.
Setiap aktiviti mempunyai tahap mudah, sederhana dan sukar supaya permainan boleh disesuaikan mengikut kebolehan kanak-kanak.
Terdapat dua mod permainan utama:
Mod Bebas — kanak-kanak menjawab 30 soalan tanpa had masa dan boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
Mod Cabaran — pemain boleh memilih 10 soalan dalam 60 saat, 20 soalan dalam 120 saat atau 30 soalan dalam 180 saat. Sebelum cabaran bermula, pemain perlu menyentuhkan satu blok nombor sebagai tanda sudah bersedia.
Kotak Ingatan juga mempunyai fungsi Wi‑Fi interaktif . Telefon pintar, tablet, komputer riba atau televisyen pintar boleh disambungkan terus kepada rangkaian Wi‑Fi Kotak Ingatan dan membuka papan pemuka melalui pelayar web. Sambungan ini tidak memerlukan internet.
Papan pemuka interaktif akan memaparkan:
-Soalan dalam saiz yang besar.
-Jenis soalan dan tahap kesukaran.
-Warna sasaran untuk aktiviti Cari Warna.
-Masa permainan dan kiraan masa cabaran.
-Bilangan soalan dan markah semasa.
-Bar Progress permainan.
-Rekod terbaik dan sejarah permainan.
-Maklum balas betul atau salah.
-Animasi, perubahan warna latar dan konfeti untuk menjadikan permainan lebih menarik.
Apabila masa cabaran semakin berkurangan, warna latar papan pemuka akan berubah daripada tenang kepada kuning dan seterusnya merah berkelip pada 10 saat terakhir. Jawapan yang betul akan memaparkan animasi tahniah , manakala jawapan yang salah akan memberikan galakan untuk mencuba semula. Paparan dikemas kini secara automatik tanpa perlu menyegarkan halaman.
Satu butang kawalan turut disediakan dengan beberapa fungsi:
-Tekan sekali untuk mengulang soalan semasa.
-Tekan dua kali untuk menghidupkan atau mematikan Wi‑Fi.
-Tekan selama 2 saat untuk memulakan permainan baharu atau mencuba semula.
-Tekan selama 5 saat untuk memaparkan alamat IP.
Bahagian badan Kotak Ingatan direka menggunakan perisian reka bentuk 3D dan dihasilkan dengan gabungan cetakan 3D serta papan lapis setebal 3 mm yang dipotong menggunakan mesin laser. Gabungan ini menghasilkan struktur yang kukuh, kemas dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak.
Komponen utama yang digunakan ialah:
-Papan mikropengawal ESP32.
– NFC Reader.
-Tag NFC pada setiap blok nombor.
-Paparan matriks LED MAX7219.
-Buzzer untuk maklum balas bunyi.
-Butang kawalan pelbagai fungsi.
-3D Printer.
-Papan lapis 3 mm yang dipotong menggunakan laser.
Setiap blok nombor mempunyai identiti NFC tersendiri yang telah disimpan dalam sistem. Semua komponen dipasang, diprogram dan diuji supaya blok dapat dikenal pasti dengan tepat serta soalan, markah dan masa dapat dikemas kini secara langsung.
Secara keseluruhannya, Kotak Ingatan menjadikan pembelajaran lebih aktif melalui gabungan sentuhan, penglihatan, bunyi dan teknologi interaktif. Projek ini sesuai digunakan di rumah, sekolah atau pusat pembelajaran sebagai alat bantu mengajar yang menyeronokkan, mudah digunakan dan boleh dimainkan secara individu atau bersama keluarga dan guru.

Menarik untuk pelajar kinestatik.
ya betul jugak tu , mereka lagi cenderung untuk bermain dan belajar dalam masa yang sama.😀
Cara permainan ini dimainkan.. sy upload di tiktok.😄
https://vt.tiktok.com/ZSpDmsNLf/