Custom Plaque – Design daripada client hasil janaan AI
Quick build reference
The useful details collected from this project without turning every update into a formal report.
What this project makes
Projek Custom Plaque yang pertama, di hasilkan sepenuhnya menggunakan 3D Printing. Durasi projek sangat singkat, kurang daripada seminggu.
Overview
Gambar asal yang diberikan oleh client, pada asalnya taknak ambil job ni sebab durasi sangat singkat (kurang 7 hari), tapi disebabkan nak try juga, so kita ambil je. $$

So kita mulakan dengan bahagian yang senang dulu, iaitu base bawah dia, nasib baik filement hitam ada stock. Design siap-siap guna software 3D rhino, dan mix sikit denagn software 3D Blender.

Main body part guna PLA, bahagian batu tu nanti akan di cat, tapi cat pon baru nak order dekat shopee, nasib baik sempat sampai.

sakit jugak nak print pokok tu, dah la nozel ada 0.4mm je, masa nak tanggalkan support dia pon dah 2 ke 3 kali ada dahan yang patah, so gam balik je guna gam 3sec.

Untuk gold tu, malas jugak nak buat finishing, tu yang terus cari siap-siap filement warna gold. Okey la looks dia, tak nampak macam mainan.

Untuk kepala harimau tu, ada satu teknik, daripada gambar jadikan height map, lepas tu baru timbulkan guna software blender and buat cleanup/sculpt sebelum print.

Guna acrylic biasa je ni, lepas tu layer banyak kali sampai garisan 3D Print tu hilang. Untuk model ni tak sesuai untuk spray primer lepastu sandpaper.

Projek bawah 7 hari, nasib baik ada kedai kaca ni boleh buat tempahan glass case, client pon happy.

Nak tampal text satu-satu dekat belakang ni mencabar jugak, macam biasa guna DTF stiker.

Sehari sebelum nak pickup, Client mintak gambar daripada depan, diorang cakap muka harimau tak garang, tapi bila tengok depan mata masih boleh diterima. So tak adjust apa-apa pon, maklumlah projek last min, anyway terima kasih membaca. Bantu like and follow ya.
@inhaf
Materials & components list
2 itemsMaterials and components listed by the project owner.
| Material / component | Brand / model | Purpose | Quantity |
|---|---|---|---|
| Main Body PLA Lite | Bambu | temperature | 1 |
| Gold PLA | Sunlu | Shine | 2 |
Project files
CAD files, drawings, code and other assets shared by the project owner.
The project owner has not shared downloadable files yet.
Project updates
0 updatesThe project owner has not shared any progress yet.
Use this space for general discussion about the whole project. To discuss a specific update, use the comments on that update.
Project discussion
Please log in to comment.